Makan Untuk Kesihatan


Makanlah untuk kesihatan kita mengikut piramid makanan :)

Monday, 5 September 2011

Makan Untuk Kesihatan

Biskut Almond London


BISKUT ALMOND LONDON

Gambar 1. Biskut Almond London

Apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri, pelbagai jenis biskut muncul dan dijual dipasaran. Antara salah satu biskut yang terkenal ialah biskut Almond London. Rupanya yang lembut dan berkrim menarik perhatian orang untuk menggemarinya. Rasanya yang rangup dan penuh dengan krim coklat menambahkan lagi rahsia penarik biskut Almond London. Pasti penggemarnya tidak puas merasai keenakan biskut Almond London ini apabila hanya membeli diluar kerana harganya yang agak mahal dan membebankan bagi kebanyakan pengguna untuk membeli dengan kuantiti yang banyak. Oleh itu, bagi menjimatkan kos perbelanjaan di Hari Raya Aidilfitri ini, elok kiranya jika kita membuat biskut raya sendiri. Selain itu, penggemar Biskut Almond London juga turut puas kerana dapat menikmati biskut ini sebanyak mana yang diinginkan. Oleh yang demikian disini saya sertakan cara-cara membuat biskut Almond London. Selamat mencuba dan bergembira menikmatinya. :)


Bahan-bahan :

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)


Cara-cara membuat :

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnya.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. 
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.


KEK BUAH

Gambar 1. Kek Buah

Kek Buah, dipandang cantik dan menyelerakan. Begitulah pandangan orang ramai dan penggemar kek buah ini. Kek Buah ini sedap dimakan kerana keknya yang lembut disertakan bersama buah-buahan dan lemak krim yang mencuri perhatian penggemarnya. Saya suka kek buah ini kerana selain daripada membekalkan glukosa kepada tubuh, kek buah juga membekalkan vitamin C hasil daripada buah-buahan segar. Dengan memakan kek buah, saya akan rasa lebih gembira dan membuatkan saya lebih berfikiran positif untuk melakukan sesuatu kerja selepas itu. Bila hati kita gembira, segala masalah boleh dilupakan. Oleh itu, makanlah kek buah, berikut adalah cara-cara membuat kek buah. Selamat mencuba dan semoga berjaya :)


BAHAN-BAHAN KEK :-)
  • 100 gram tepung optima (instant cake flour)
  • 2 biji telur gred A
  • 25 gram mentega, cair dan sejukkan
  • 25 ml susu segar (mat guna 15 ml susu sejat + 10 ml air)
  • 1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
  • 250 ml susu sejat IDEAL
  • 150 ml air
  • 5 camca besar gula (atau secukup rasa)
  • 2 biji kuning telur
  • 1/3 camca teh konnyaku jelly powder
  • 4 camca besar tepung kastard
  • 1 camca teh esen vanilla

BAHAN HIASAN :-)
  • Anggur tanpa biji secukupnya, (cuci, tos dan belah 2).
  • Oren secukupnya, dihiris nipis.
  • 1 biji buah kiwi, kupas, belah 2 dan hiris nipis
  • Croquant secukupnya untuk hiasan
  • Piping jel untuk disapu atas buahan

CARA MEMBUATNYA :-) 
 
UNTUK KEK :- 
  • Satukan semua bahan untuk kek dalam mangkuk pengadun, kecuali mentega cair. 
  • Putar hingga sebati, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan pekat. 
  • Masukkan mentega gaul rata menggunakan spatula. 
  • Tuang dalam tin spring form pan berukuran 8 inci yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. 
  • Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit, berganting pada oven masing2. 
  • Bila kek masak, keluar kan dari tin, buang kertas alasnya dan sejukkan atas jaringan.

 UNTUK KASTARD :-
  • Satukan semua bahan untuk kastard dalam periuk, kecuali esen vanilla. 
  • Kacau dengan whisk hingga semua rata. 
  • Tenggekkan atas api sederhana dan kacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat.
  • Matikan api, masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati. 
  • Ketepikan sebentar.

 UNTUK KEK FLAN BUAH2AN :-
  • Kek tadi dimasukkan kembali ke dalam tin spring form, kemudian tuang bahan kastard tadi sehingga habis. 
  • Ratakan, biar hingga hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga kastard mengeras. 
  • Perlahan2 longgarkan kek tadi dan keluarkan dari acuan.
  • Alih kek tadi atas papan kek, tekap tepi2nya dengan "croquant", hingga memenuhi tepi kek. Kemaskan. 
  • Kemudian susun buah-buahan tadi atas kek mengikut kreativiti masing-masing. 
  • Sapu permukaan buah-buahan tadi dengan piping jel (campur sedikit air dalam piping jel, kacau rata), untuk mengilatkannya. 
  • Boleh dihidangkan.

 
 Gambar3. Kek Buah yang menyelerakan


SELAMAT MENCUBA (@_@)


Sumber :



Acar dan Sayur Brokoli


ACAR

  Gambar 1. Acar Timun

Acar lebih dikenali di Malaysia sebagai campuran sayur-sayuran seperti timun, lobak dan nenas. Acar timun memberi manfaat yang baik kepada tubuh badan kerana mengandungi vitamin C yang tinggi dan kadar antioksidaan yang tinggi untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.Selain  itu, sifat timun itu sendiri yang dapat menyejukkan badan dan mampu mengekalkan keseimbangan alkali dalam badan kita. Acar timun juga mampu menjadi penawar kepada sembelit kerana kandungan serat yang tinggi pada timun. Selain itu, timun juga dapat menghilangkan bau badan dan mencerah serta mencantikkan kulit muka kerana mengandungi fosforus yang dapat melicinkan kulit manusia.

Oleh kerana itu, saya suka makan acar timun yang mempunyai pelbagai khasiat dan memberi manfaat kepada penggemarnya. Kepada yang ingin mencuba acar timun, boleh buat sendiri kerana caranya mudah dan ringkas, selamat mencuba.

Bahan-bahan :

  • 1 batang timun
  • 1/6 nenas- dihiris kecil-kecil
  • 1 batang lada merah- dihiris
  • 1/2 biji bawang besar
  • cuka secukupnya
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara :

  1. Kupas kulit timun dan hiris nipis-nipis
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Lada merah boleh juga diganti dengan cili kering


SAYUR BROKOLI

Gambar 2. Sayur Brokoli

Selain itu, saya juga suka sayur brokoli sama ada yang bergoreng atau ditumis. Selain sedap dimakan , sayur brokoli mempunyai pelbagai khasiat yang amat baik untuk tubuh badan kita. Brokoli dari segi saintifiknya dikenali dengan nama "Brassica oleracea italica" dan berasal dari keluarga kobis Brassica. Sayur  ini dapat mencegah penyakit barah. Ia adalah di antara jenis makanan yang paling kaya dengan bahan-bahan fotokimia berfungsi melindungi tubuh badan daripada penyakit barah, gangguan kardiovaskular, dan masalah kedutan.

Amalan memakan satu setengah cawan sayur brokoli pada setiap hari berkesan untuk menghindarkan penyakit barah di kawasan paru-paru, usus besar, perut, mulut, farinks dan prostat. Brokoli juga mengandungi beta-carotene dan alpha- carotene, sejenis bahan antipengoksidaan yang bertindak melawan penyakit barah paru-paru dan menghalang pertumbuhan sel ketumbuhan. Kandungan klorofil yang tinggi dalam sayur kalori menyekat pertumbuhan pertumbuhan sel barah dan merangsang pembiakan sel darah merah dan hemoglobin.
Diringkaskan cerita, selalulah memasukkan sayur brokoli dalam hidangan kita agar khasiat tersebut dapat kita nikmati bersama, selamat mencuba resepi ini .:)

Bahan-bahan :

  • 7 biji sweet peas (dipotong sedikit hujungnya)
  • 6 potong brokoli
  • 1/4 batang carrot (dipotong nipis)
  • 4 hiris isi ayam (boleh guna sotong dan udang)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1/2 biji cili merah (dihiris)
  • 1 tsp tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
  • 1 tbsp sos tiram
  • sedikit garam
  • sedikit minyak untuk menumis 

Cara-cara memasak :

  1. Gaul ayam dengan sedikit kunyit dan garam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, masukkan isi ayam kacau sehingga isi ayam masak. Jika nak letak sotong pun boleh buat cara yang sama. Angkat jika guna sotong atau ketepikan di tepi kuali jika guna ayam.
  3. Tumis bawang putih guna minyak tadi. Setelah wangi, gaul sekali bersama isi ayam tadi.
  4. Masukkan sayur kacang sweet peas dan brokoli. Kacau. Masak dengan api yang agak besar.
  5. Masukkan garam dan sos tiram. Kacau sebati.
  6. Masukkan air tepung jagung. Rasakan garamnya mengikut citarasa anda kemudian tutup api. Jangan masak terlalu lama, cukup sekadar brokoli dan sweet peas tu bertukar warna hijau yang cantik.


Gambar 3. Sayur Brokoli yang berkhasiat dan menyelerakan


Sumber :


Laksa Kari


LAKSA KARI

 Gambar 1. Laksa Kari

Laksa adalah mee yang berkuah dan sedap rasanya. Laksa dipercayai berasal daripada warisan turun-menurun masyarakat Peranakan. Laksa merupakan mee yang menggabungkan unsur masyarakat Cina dan Melayu. Secara umumnya, laksa banyak didapati di negara-negara nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei. 

Laksa terbahagi kepada dua jenis iaitu Laksa Kari dan Laksa Asam atau lebih dikenali sebagai Asam Laksa oleh masyarakat Malaysia. Laksa Kari adalah laksa yang berkuah santan dan dicampur dengan mee, manakala Asam Laksa pula ialah laksa yang berkuah ikan dan dicampur dengan mee. Biasanya, Asam Laksa lebih rasa masam berbanding dengan Laksa Kari yang lebih pedas dan berlemak.

Namun begitu, Asam Laksa lebih dikenali di Malaysia dan telah diubah cara masakannya mengikut negeri masing-masing. Oleh itu, timbul pelbagai laksa di Malaysia seperti Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Perlis, Laksa Kedah dan Laksa Kelantan.

Akan tetapi, saya lebih suka Laksa Kari kerana rasanya yang pedas dan lebih lemak. Oleh itu, saya menyediakan cara-cara membuat Laksa Kari sebagai panduan untuk yang ingin mencuba, selamat mencuba .

Bahan kisar :

  • 10gm lengkuas
  • 10 helai daun kari
  • 10gm halia
  • 50gm daun bawang
  • 10gm kunyit hidup
  • 20gm cili kering
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1/2 liter stok ayam
  • santan dari 2 biji kelapa
  • mee kuning
  • udang, tau foo pok, fish ball, fish cake
  • ayam
  • taugeh-celur 

 

Cara-cara menyediakan :

  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan santan.
  2. Masukkan stok dan ayam. masak hingga ayam empuk. masukkan udang, tau foo pok, fish cake dan fish ball.
  3. Masukkan mee. hidangkan bersama taugeh dan telur rebus.
  4. Boleh juga mee dicelur, bila hendak makan baru di masukkan ke dalam kuah.   
 Gambar 2. Laksa Kari yang kaya lemak


Sumber :
http://kisahtakberujung.blogspot.com/2010/09/laksa-laksa-adalah-mie-yang-berkuah.html



Sunday, 4 September 2011

Jus Lobak dan Puding Gula Melaka


JUS LOBAK

Gambar 1. Jus Lobak

Saya amat suka Jus Lobak kerana jus ini merupakan jus yang berkhasiat dan memberi kebaikan pada kesihatan kita.

Lobak atau nama saintifiknya 'raphanus sativus' kaya dengan vitamin A,B, dan C serta dapat mengatasi pelbagai masalah serta penyakit seperti cirit-birit, sembelit dan tekanan darah tinggi.

Bagi mengatasi masalah sembelit, ia dapat diatasi dengan meminum air rebusan daripada lobak ini.
Manakala bagi masalah tekanan darah tinggi pula, amalkan minum jus lobak sebanyak dua kali sehari.

Selain itu, lobak juga berkhasiat untuk mata. Lobak ini kaya dengan vitamin A yang wujud sebagai beta carotene. Kebiasaannya, masyarakat sekarang membuat jus lobak yang dicampur dengan susu.

Jus lobak juga baik untuk kulit dan juga sistem imunisasi badan.

CARA-CARA PENYEDIAAN JUS LOBAK:

Bahan-bahan ( 1 gelas shj )

  • 1 btg lobak merah ( saiz kecil )
  • 1 gelas air masak
  • 2 sudu susu pekat
  • Gula secukup rasa
  • Beberapa ketul ais


Cara-cara

  1. Basuh lobak & hiris. Blend dgn 1 gelas air & sedikit gula jika mahu.
  2. Tapis ke dalam gelas. Masukkan susu pekat dan kacau.
  3. Masukkan ketul ais dan sedia untuk diminum.
Nutrisi bagi satu hidangan

Calories 179 Iron 3.2 mg
Protein 4.8 g Vitamin A 48,000 I.U.
Fat 1.2 g Thiamine 0.27 mg
Carbohydrates 37.2 g Riboflavin 0.26 mg
Calcium 156 mg Niacin 2 mg
Phosphorus 148 mg Ascorbic acid 24 mg



PUDING GULA MELAKA

Gambar 2. Puding Gula Melaka

Bagi pencuci mulut pula, saya suka puding gula melaka kerana rasanya yang sedap dan menyelerakan.

CARA-CARA MEMBUAT PUDING GULA MELAKA:

Bahan-bahan 

  • 140ml sirap gula melaka
  • 4 biji telur
  • 360ml fresh milk/susu cair
  • butter
  • >>sirap gula melaka
  • - 150g gula melaka
  • - 200ml(1 cwn) air  

    Cara-cara penyediaan:

    1. Sediakan sirap gula melaka : Campurkan gula melaka dengan 200ml air. Masak sehingga gula melaka cair. Sejuk dan ketepikan.
    2. Panaskan susu dengan api kecil sehingga suhu badan manusia. Kemudian padamkan api. Masukkan sirap gula melaka dan kacau.
    3. Dalam mangkuk lain pukul telur dengan perlahan. Jangan sampai berbuih.
    4. Tapis campuran susu tadi dan masukkan ke dalam telur. Kacau biar sebati
    5. Sapukan cup puding dengan butter. Lepastu isikan campuran ke dalam cup puding. Susunkan ke atas dulang oven. Masukkan air suam ke dalam dulang oven (double-boiler)
    6. Masukkan ke dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 30~35 minit.
    7. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Bila sudah sejuk bolehlah simpan dalam peti sejuk.
    8. Tuangkan sedikit sirap gula melaka ke atas puding bila nak makan.

    Sumber:

    http://www.myresipi.com/top/detail/272
    http://www.myresipi.com/top/detail/3380
    http://www.blackrosehunter.com/2011/05/khasiat-dan-kebaikan-lobak-carrot.html

    Nasi Goreng Paprik


    Gambar 1. Nasi Goreng Paprik

    Antara banyak-banyak hidangan nasi goreng, saya amat menyukai nasi goreng paprik kerana bagi saya, gabungan bahan dalam masakan nasi goreng ini adalah lengkap dan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk badan kita. Antara kandungan bahan yang terdapat dalam nasi  goreng paprik ini adalah isi ayam, sotong, sayur kacang panjang, sayur kubis, lobak, timun, dan bawang.


    BAHAN-BAHAN NASI GORENG PAPRIK:
    •Nasi secukupnya ( untuk makan 2 orang )
    •1 biji telur
    •1/4 labu bwg besar – dimayang sedikit
    •1/2 Sudu Serbuk pati ayam
    •1 Sudu Kicap pekat
    •2 Sudu minyak ikan
    •1/4 Garam
    •1/4 Sudu lada sulah
    •2 Sudu minyak utk menumis
    •50gram Cili Kering (dikisar)


    CARA PENYEDIAAN NASI GORENG PAPRIK:
    Panaskan minyak, tumis bawang sehingga wangi , masukkan cili kering , masukkan telur, goreng dan hancurkan , masukkan nasi, tambah kicap, minyak ikan, serbuk perasa (tanpa MSG) dan garam.


    BAHAN -BAHAN LAUK NASI GORENG PAPRIK:
    •Daging ayam secukupnya (dipotong kecil-kecilan)
    •Sotong /udang (Jika ada)
    •2 ulas bwg putih – dicincang
    •1 ulas bwg merah – dicincang
    •2-3 biji cili api – dipotong
    •1/4 labu bwg besar – dipotong
    •3 Batang Kacang panjang – dipotong
    •50gram Cendawan – dipotong
    •1 lobak merah – dipotong
    •50gram brokoli / bunga kobis
    •1 biji cili masak – dipotong
    •2 helai daun limau purut
    •1 Sudu Bancuhan Tepung Jagung
    •2-3 sudu besar cili giling
    •2-3 sudu besar kicap
    •2 sudu besar sos tiram
    •2 sudu besar sos cili/tomato
    •Garam dan gula serta minyak utk menumis

    CARA PENYEDIAAN  LAUK NASI GORENG PAPRIK :
    1.Panaskan minyak, tumiskan bawang dan cili padi hingga wangi.
    2.Masukkan ayam/ sotong/udang – goreng sampai masak
    3.Masukkan sos/kicap/cili giling dan sayuran seperti kacang, brokoli/bunga kobis, carrot.
    4.Masukkan daun limau purut
    5.Tambah sedikit air jika ingin berkuah
    6.Masukkan bancuhan tepung jagung & baki sayur-sayuran yang lain
    7.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
    8.Hidang bersama nasi goreng paprik anda.


    Resepi nasi goreng paprik ini juga boleh disediakan bersama sup dan kuah sup.  Selamat mencuba resepi nasi goreng paprik.

    Sumber :




    Saturday, 3 September 2011



     
    Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.......

    Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua buah-buahan kegemaran saya, pada asasnya buah adalah pelengkap kepada sesuatu hidangan, tetapi buah boleh dimakan begitu sahaja dan BUAH !!! banyak memberi kebaikan kepada kita seperti, membantu mengurangkan kolestrol dan membekalkan vitamin, mineral serta serat kepada tubuh badan kita. Dalam banyak-banyak buah, saya ada 3 buah kegemaran iaitu buah tembikai, pisang dan betik. Kenapa saya suka buah-buahan diatas??? Ini sebabnya ....=)

    BUAH TEMBIKAI

    Gambar 1. Buah Tembikai

    Menurut kajian, buah tembikai mengandungi 92% air dan dapat menghilangkan dahaga.Tembikai juga mengandungi glutathione yang membantu menggalakkan dan meningkatkan sistem pertahanan badan dan imunisasi kita. Selain itu, tembikai juga merupakan sumber lycopene yang berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung dan osteoporosis. Buah tembikai juga mengandungi vitamin C dan kalium yang dapat memberi pelindungan dan kecantikan kulit kita.


    Gambar 2. Buah Tembikai yang menyelerakan
     
    Gambar 3. Buah Tembikai disajikan sebagai pencuci mulut



     BUAH PISANG

     Gambar 4. Buah Pisang


    Tahukah kawan-kawan bahawa pisang membekalkan sumber kekuatan tenaga kepada kita??? Buah pisang yang mudah dicerna oleh sistem penghadaman kita mengandungi gula yang diubah menjadi sumber tenaga yang bagus secara cepat, dan ini bagus dalam pembentukan tubuh, untuk kerja otot dan sangat bagus untuk menghilangkan lelah.

    Selain itu, menurut "Medicinal uses of banana", pisang mempunyai manfaat dalam penyembuhan anemia, menurunkan tekanan darah, tenaga untuk berfikir, kaya dengan serat untuk membantu diet, dan dapat membantu perokok menghilangkan pengaruh nikotin, stress, serta penyakit jantung.


     Gambar 5. Buah Pisang sebagai sumber tenaga yang baik



    BUAH BETIK 

     Gambar 6. Buah Betik

    Betik mengandungi sejenis enzim iaitu "papain" atau "papaya proteinase" yang membantu menghadam makanan dalam tubuh kita. Oleh itu, betik merupakan buah yang paling baik bagi mengatasi penyakit sembelit.


    Buah betik juga mencegah penyakit kanser, bagaimana???? Serat betik mengikat racun penyebab kanser dalam usus besar dan menjauhkan mereka dari sel-sel usus yang sihat. Selain itu, papain, vitamin C, beta -karoten, dan vitamin E dapat mengurangkan risiko kanser usus besar.

    Buah betik juga boleh merawat keradangan.Enzim-enzim yang terkandung dalam buah betik membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan penyembuhan dari luka terbakar.

     

     Gambar 7. Buah Betik yang menyelerakan


    Sumber :