Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.......
Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua buah-buahan kegemaran saya, pada asasnya buah adalah pelengkap kepada sesuatu hidangan, tetapi buah boleh dimakan begitu sahaja dan BUAH !!! banyak memberi kebaikan kepada kita seperti, membantu mengurangkan kolestrol dan membekalkan vitamin, mineral serta serat kepada tubuh badan kita. Dalam banyak-banyak buah, saya ada 3 buah kegemaran iaitu buah tembikai, pisang dan betik. Kenapa saya suka buah-buahan diatas??? Ini sebabnya ....=)
BUAH TEMBIKAI
Gambar 1. Buah Tembikai
Menurut kajian, buah tembikai mengandungi 92% air dan dapat menghilangkan dahaga.Tembikai juga mengandungi glutathione yang membantu menggalakkan dan meningkatkan sistem pertahanan badan dan imunisasi kita. Selain itu, tembikai juga merupakan sumber lycopene yang berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung dan osteoporosis. Buah tembikai juga mengandungi vitamin C dan kalium yang dapat memberi pelindungan dan kecantikan kulit kita.
Gambar 2. Buah Tembikai yang menyelerakan
Gambar 3. Buah Tembikai disajikan sebagai pencuci mulut
BUAH PISANG
Gambar 4. Buah Pisang
Gambar 4. Buah Pisang
Tahukah kawan-kawan bahawa pisang membekalkan sumber kekuatan tenaga kepada kita??? Buah pisang yang mudah dicerna oleh sistem penghadaman kita mengandungi gula yang diubah menjadi sumber tenaga yang bagus secara cepat, dan ini bagus dalam pembentukan tubuh, untuk kerja otot dan sangat bagus untuk menghilangkan lelah.
Selain itu, menurut "Medicinal uses of banana", pisang mempunyai manfaat dalam penyembuhan anemia, menurunkan tekanan darah, tenaga untuk berfikir, kaya dengan serat untuk membantu diet, dan dapat membantu perokok menghilangkan pengaruh nikotin, stress, serta penyakit jantung.
Gambar 5. Buah Pisang sebagai sumber tenaga yang baik
BUAH BETIK
Gambar 6. Buah Betik
Betik mengandungi sejenis enzim iaitu "papain" atau "papaya proteinase" yang membantu menghadam makanan dalam tubuh kita. Oleh itu, betik merupakan buah yang paling baik bagi mengatasi penyakit sembelit.
Buah betik juga mencegah penyakit kanser, bagaimana???? Serat betik mengikat racun penyebab kanser dalam usus besar dan menjauhkan mereka dari sel-sel usus yang sihat. Selain itu, papain, vitamin C, beta -karoten, dan vitamin E dapat mengurangkan risiko kanser usus besar.
Buah betik juga boleh merawat keradangan.Enzim-enzim yang terkandung dalam buah betik membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan penyembuhan dari luka terbakar.
Gambar 7. Buah Betik yang menyelerakan
Sumber :







No comments:
Post a Comment