ACAR
Gambar 1. Acar Timun
Acar lebih dikenali di Malaysia sebagai campuran sayur-sayuran seperti timun, lobak dan nenas. Acar timun memberi manfaat yang baik kepada tubuh badan kerana mengandungi vitamin C yang tinggi dan kadar antioksidaan yang tinggi untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.Selain itu, sifat timun itu sendiri yang dapat menyejukkan badan dan mampu mengekalkan keseimbangan alkali dalam badan kita. Acar timun juga mampu menjadi penawar kepada sembelit kerana kandungan serat yang tinggi pada timun. Selain itu, timun juga dapat menghilangkan bau badan dan mencerah serta mencantikkan kulit muka kerana mengandungi fosforus yang dapat melicinkan kulit manusia.
Oleh kerana itu, saya suka makan acar timun yang mempunyai pelbagai khasiat dan memberi manfaat kepada penggemarnya. Kepada yang ingin mencuba acar timun, boleh buat sendiri kerana caranya mudah dan ringkas, selamat mencuba.
Bahan-bahan :
- 1 batang timun
- 1/6 nenas- dihiris kecil-kecil
- 1 batang lada merah- dihiris
- 1/2 biji bawang besar
- cuka secukupnya
- garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
- Kupas kulit timun dan hiris nipis-nipis
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
- Lada merah boleh juga diganti dengan cili kering
SAYUR BROKOLI
Gambar 2. Sayur Brokoli
Selain itu, saya juga suka sayur brokoli sama ada yang bergoreng atau ditumis. Selain sedap dimakan , sayur brokoli mempunyai pelbagai khasiat yang amat baik untuk tubuh badan kita. Brokoli dari segi saintifiknya dikenali dengan nama "Brassica oleracea italica" dan berasal dari keluarga kobis Brassica. Sayur ini dapat mencegah penyakit barah. Ia adalah di antara jenis makanan yang paling kaya dengan bahan-bahan fotokimia berfungsi melindungi tubuh badan daripada penyakit barah, gangguan kardiovaskular, dan masalah kedutan.
Amalan memakan satu setengah cawan sayur brokoli pada setiap hari berkesan untuk menghindarkan penyakit barah di kawasan paru-paru, usus besar, perut, mulut, farinks dan prostat. Brokoli juga mengandungi beta-carotene dan alpha- carotene, sejenis bahan antipengoksidaan yang bertindak melawan penyakit barah paru-paru dan menghalang pertumbuhan sel ketumbuhan. Kandungan klorofil yang tinggi dalam sayur kalori menyekat pertumbuhan pertumbuhan sel barah dan merangsang pembiakan sel darah merah dan hemoglobin.
Diringkaskan cerita, selalulah memasukkan sayur brokoli dalam hidangan kita agar khasiat tersebut dapat kita nikmati bersama, selamat mencuba resepi ini .:)
Bahan-bahan :
- 7 biji sweet peas (dipotong sedikit hujungnya)
- 6 potong brokoli
- 1/4 batang carrot (dipotong nipis)
- 4 hiris isi ayam (boleh guna sotong dan udang)
- 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 1/2 biji cili merah (dihiris)
- 1 tsp tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
- 1 tbsp sos tiram
- sedikit garam
- sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara memasak :
- Gaul ayam dengan sedikit kunyit dan garam. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, masukkan isi ayam kacau sehingga isi ayam masak. Jika nak letak sotong pun boleh buat cara yang sama. Angkat jika guna sotong atau ketepikan di tepi kuali jika guna ayam.
- Tumis bawang putih guna minyak tadi. Setelah wangi, gaul sekali bersama isi ayam tadi.
- Masukkan sayur kacang sweet peas dan brokoli. Kacau. Masak dengan api yang agak besar.
- Masukkan garam dan sos tiram. Kacau sebati.
- Masukkan air tepung jagung. Rasakan garamnya mengikut citarasa anda kemudian tutup api. Jangan masak terlalu lama, cukup sekadar brokoli dan sweet peas tu bertukar warna hijau yang cantik.
Sumber :



No comments:
Post a Comment