Makan Untuk Kesihatan


Makanlah untuk kesihatan kita mengikut piramid makanan :)

Monday, 5 September 2011

Laksa Kari


LAKSA KARI

 Gambar 1. Laksa Kari

Laksa adalah mee yang berkuah dan sedap rasanya. Laksa dipercayai berasal daripada warisan turun-menurun masyarakat Peranakan. Laksa merupakan mee yang menggabungkan unsur masyarakat Cina dan Melayu. Secara umumnya, laksa banyak didapati di negara-negara nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei. 

Laksa terbahagi kepada dua jenis iaitu Laksa Kari dan Laksa Asam atau lebih dikenali sebagai Asam Laksa oleh masyarakat Malaysia. Laksa Kari adalah laksa yang berkuah santan dan dicampur dengan mee, manakala Asam Laksa pula ialah laksa yang berkuah ikan dan dicampur dengan mee. Biasanya, Asam Laksa lebih rasa masam berbanding dengan Laksa Kari yang lebih pedas dan berlemak.

Namun begitu, Asam Laksa lebih dikenali di Malaysia dan telah diubah cara masakannya mengikut negeri masing-masing. Oleh itu, timbul pelbagai laksa di Malaysia seperti Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Perlis, Laksa Kedah dan Laksa Kelantan.

Akan tetapi, saya lebih suka Laksa Kari kerana rasanya yang pedas dan lebih lemak. Oleh itu, saya menyediakan cara-cara membuat Laksa Kari sebagai panduan untuk yang ingin mencuba, selamat mencuba .

Bahan kisar :

  • 10gm lengkuas
  • 10 helai daun kari
  • 10gm halia
  • 50gm daun bawang
  • 10gm kunyit hidup
  • 20gm cili kering
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1/2 liter stok ayam
  • santan dari 2 biji kelapa
  • mee kuning
  • udang, tau foo pok, fish ball, fish cake
  • ayam
  • taugeh-celur 

 

Cara-cara menyediakan :

  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan santan.
  2. Masukkan stok dan ayam. masak hingga ayam empuk. masukkan udang, tau foo pok, fish cake dan fish ball.
  3. Masukkan mee. hidangkan bersama taugeh dan telur rebus.
  4. Boleh juga mee dicelur, bila hendak makan baru di masukkan ke dalam kuah.   
 Gambar 2. Laksa Kari yang kaya lemak


Sumber :
http://kisahtakberujung.blogspot.com/2010/09/laksa-laksa-adalah-mie-yang-berkuah.html



No comments:

Post a Comment