JUS LOBAK
Gambar 1. Jus Lobak
Saya amat suka Jus Lobak kerana jus ini merupakan jus yang berkhasiat dan memberi kebaikan pada kesihatan kita.
Bagi mengatasi masalah sembelit, ia dapat diatasi dengan meminum air rebusan daripada lobak ini.
Manakala bagi masalah tekanan darah tinggi pula, amalkan minum jus lobak sebanyak dua kali sehari.
Selain itu, lobak juga berkhasiat untuk mata. Lobak ini kaya dengan vitamin A yang wujud sebagai beta carotene. Kebiasaannya, masyarakat sekarang membuat jus lobak yang dicampur dengan susu.
Jus lobak juga baik untuk kulit dan juga sistem imunisasi badan.
CARA-CARA PENYEDIAAN JUS LOBAK:
Bahan-bahan ( 1 gelas shj )
- 1 btg lobak merah ( saiz kecil )
- 1 gelas air masak
- 2 sudu susu pekat
- Gula secukup rasa
- Beberapa ketul ais
Cara-cara
- Basuh lobak & hiris. Blend dgn 1 gelas air & sedikit gula jika mahu.
- Tapis ke dalam gelas. Masukkan susu pekat dan kacau.
- Masukkan ketul ais dan sedia untuk diminum.
| Calories | 179 | Iron | 3.2 mg |
| Protein | 4.8 g | Vitamin A | 48,000 I.U. |
| Fat | 1.2 g | Thiamine | 0.27 mg |
| Carbohydrates | 37.2 g | Riboflavin | 0.26 mg |
| Calcium | 156 mg | Niacin | 2 mg |
| Phosphorus | 148 mg | Ascorbic acid | 24 mg |
PUDING GULA MELAKA
Gambar 2. Puding Gula Melaka
Bagi pencuci mulut pula, saya suka puding gula melaka kerana rasanya yang sedap dan menyelerakan.
CARA-CARA MEMBUAT PUDING GULA MELAKA:
Bahan-bahan
- 140ml sirap gula melaka
- 4 biji telur
- 360ml fresh milk/susu cair
- butter
- >>sirap gula melaka
- - 150g gula melaka
- - 200ml(1 cwn) air
Cara-cara penyediaan:
- Sediakan sirap gula melaka : Campurkan gula melaka dengan 200ml air. Masak sehingga gula melaka cair. Sejuk dan ketepikan.
- Panaskan susu dengan api kecil sehingga suhu badan manusia. Kemudian padamkan api. Masukkan sirap gula melaka dan kacau.
- Dalam mangkuk lain pukul telur dengan perlahan. Jangan sampai berbuih.
- Tapis campuran susu tadi dan masukkan ke dalam telur. Kacau biar sebati
- Sapukan cup puding dengan butter. Lepastu isikan campuran ke dalam cup puding. Susunkan ke atas dulang oven. Masukkan air suam ke dalam dulang oven (double-boiler)
- Masukkan ke dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 30~35 minit.
- Keluarkan dari oven dan sejukkan. Bila sudah sejuk bolehlah simpan dalam peti sejuk.
- Tuangkan sedikit sirap gula melaka ke atas puding bila nak makan.
Sumber:
http://www.myresipi.com/top/detail/272
http://www.myresipi.com/top/detail/3380
http://www.blackrosehunter.com/2011/05/khasiat-dan-kebaikan-lobak-carrot.html


No comments:
Post a Comment