Makan Untuk Kesihatan


Makanlah untuk kesihatan kita mengikut piramid makanan :)

Monday, 5 September 2011

Biskut Almond London


BISKUT ALMOND LONDON

Gambar 1. Biskut Almond London

Apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri, pelbagai jenis biskut muncul dan dijual dipasaran. Antara salah satu biskut yang terkenal ialah biskut Almond London. Rupanya yang lembut dan berkrim menarik perhatian orang untuk menggemarinya. Rasanya yang rangup dan penuh dengan krim coklat menambahkan lagi rahsia penarik biskut Almond London. Pasti penggemarnya tidak puas merasai keenakan biskut Almond London ini apabila hanya membeli diluar kerana harganya yang agak mahal dan membebankan bagi kebanyakan pengguna untuk membeli dengan kuantiti yang banyak. Oleh itu, bagi menjimatkan kos perbelanjaan di Hari Raya Aidilfitri ini, elok kiranya jika kita membuat biskut raya sendiri. Selain itu, penggemar Biskut Almond London juga turut puas kerana dapat menikmati biskut ini sebanyak mana yang diinginkan. Oleh yang demikian disini saya sertakan cara-cara membuat biskut Almond London. Selamat mencuba dan bergembira menikmatinya. :)


Bahan-bahan :

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)


Cara-cara membuat :

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnya.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. 
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.


KEK BUAH

Gambar 1. Kek Buah

Kek Buah, dipandang cantik dan menyelerakan. Begitulah pandangan orang ramai dan penggemar kek buah ini. Kek Buah ini sedap dimakan kerana keknya yang lembut disertakan bersama buah-buahan dan lemak krim yang mencuri perhatian penggemarnya. Saya suka kek buah ini kerana selain daripada membekalkan glukosa kepada tubuh, kek buah juga membekalkan vitamin C hasil daripada buah-buahan segar. Dengan memakan kek buah, saya akan rasa lebih gembira dan membuatkan saya lebih berfikiran positif untuk melakukan sesuatu kerja selepas itu. Bila hati kita gembira, segala masalah boleh dilupakan. Oleh itu, makanlah kek buah, berikut adalah cara-cara membuat kek buah. Selamat mencuba dan semoga berjaya :)


BAHAN-BAHAN KEK :-)
  • 100 gram tepung optima (instant cake flour)
  • 2 biji telur gred A
  • 25 gram mentega, cair dan sejukkan
  • 25 ml susu segar (mat guna 15 ml susu sejat + 10 ml air)
  • 1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
  • 250 ml susu sejat IDEAL
  • 150 ml air
  • 5 camca besar gula (atau secukup rasa)
  • 2 biji kuning telur
  • 1/3 camca teh konnyaku jelly powder
  • 4 camca besar tepung kastard
  • 1 camca teh esen vanilla

BAHAN HIASAN :-)
  • Anggur tanpa biji secukupnya, (cuci, tos dan belah 2).
  • Oren secukupnya, dihiris nipis.
  • 1 biji buah kiwi, kupas, belah 2 dan hiris nipis
  • Croquant secukupnya untuk hiasan
  • Piping jel untuk disapu atas buahan

CARA MEMBUATNYA :-) 
 
UNTUK KEK :- 
  • Satukan semua bahan untuk kek dalam mangkuk pengadun, kecuali mentega cair. 
  • Putar hingga sebati, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan pekat. 
  • Masukkan mentega gaul rata menggunakan spatula. 
  • Tuang dalam tin spring form pan berukuran 8 inci yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. 
  • Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit, berganting pada oven masing2. 
  • Bila kek masak, keluar kan dari tin, buang kertas alasnya dan sejukkan atas jaringan.

 UNTUK KASTARD :-
  • Satukan semua bahan untuk kastard dalam periuk, kecuali esen vanilla. 
  • Kacau dengan whisk hingga semua rata. 
  • Tenggekkan atas api sederhana dan kacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat.
  • Matikan api, masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati. 
  • Ketepikan sebentar.

 UNTUK KEK FLAN BUAH2AN :-
  • Kek tadi dimasukkan kembali ke dalam tin spring form, kemudian tuang bahan kastard tadi sehingga habis. 
  • Ratakan, biar hingga hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga kastard mengeras. 
  • Perlahan2 longgarkan kek tadi dan keluarkan dari acuan.
  • Alih kek tadi atas papan kek, tekap tepi2nya dengan "croquant", hingga memenuhi tepi kek. Kemaskan. 
  • Kemudian susun buah-buahan tadi atas kek mengikut kreativiti masing-masing. 
  • Sapu permukaan buah-buahan tadi dengan piping jel (campur sedikit air dalam piping jel, kacau rata), untuk mengilatkannya. 
  • Boleh dihidangkan.

 
 Gambar3. Kek Buah yang menyelerakan


SELAMAT MENCUBA (@_@)


Sumber :



No comments:

Post a Comment